minggu terakhir kuliah...
salam kepada semua...
minggu ni merupakan minggu terakhir kuliah di umt...nmpknya final exam pun sudah semakin hampirlah...huhuhu...minggu terakhir ni pun kuliah dah x banyak sgt coz banyak kuliah dah abis...l lab pulak dah berminggu-minggu lamenyer habis....untuk final exam kali ni takder minggu ulangkaji..so terpakselah start awl skit untuk mengulangkaji...namun malangnya sampai sekarang aku x start ape2 pn...huhuhu...assignment pun aDER lagi dua x dihantar lagi...kene siapkan dalam minggu ni gak..paling penting assignment mikrob coz carry marknya adalah 20 %...tinggi tuu...so kenelah wat betul2 untuk cover test and kuiz yg tidak seberapa pencapaiannya...huhuhu...
jadual final exam ku
| SUBJEK | TARIKH | HARI | MASA | TEMPAT |
| KIMIA GABUNGAN 1 ( ANALISIS DAN ORGANIK ) | 07/04/2009 | SELASA | 9.00 – 11.00 | DSM |
| BIOLOGI ORGANISMA II | 11/04/2009 | SABTU | 9.00 – 11.00 | DSM |
| BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT | 12/04/2009 | AHAD | 9.00 – 11.00 | DSM |
| PRINSIP GENETIK | 14/04/2009 | SELASA | 12.00 – 2.00 | DSM |
| KENEGARAAN MALAYSIA | 20/04/2009 | ISNIN | 3.00 – 5.00 | |
| MIKROBIOLOGI ASAS | 23/04/2009 | KHAMIS | 3.00 – 5.00 | |
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2008/2009
sarjana muda sains biologi tahun 1
"pembersihan SAWANG"
salam kepada semua...
telah lamanya blog nie bersawang seperti kata en.rezz kita tu...ye lah sejak kebelakangan nie asyik busy jer coz b4 nie ader test prinsip genetik, kimia, bioorga n esok ada lagi satu test iaitu mikrob...itulah antara sebabnya blog ini bersawang kot...huhuhu... selain itu, sebelum ini juga saya turut busy dengan asignment dan juga kegiatan harian yang lain serta tak ketinggalan busy skit untuk program bicara bahasa yang telah berlangsung pada 21 mac lepas kat audi fpe....
sedar tak sedar sekarang ni telah pun masuk minggu ke-13 kuliah...nampaknya tak lama lagi final exam pun akan bermula...untuk sem ni ada enam subjek yang diambil... so sekarang nie terpaksa get ready lah dengan subjek2 tu untuk final exam...setakat nie subjek kimia gabungan, bahasa budaya dan masyarakat dah abis. manakala biorga, genetik, mikrob n kenegaraan hampir2 nak abis...mungkin minggu ni kot sume subjek tu nak abis...so start dari sekarang bolehlah mengorak langkah untuk persediaan final exam walaupun sepatutnya persediaan itu harus bermula sejak awal lagi...tapi itulah sikap yang tidak dapat dielakkan sejak dulu lagi...huhuhu....
dalam masa yang sama juga saya dan juga team, din and nasrul tengah get ready untuk pemilihan peserta debat integriti pisza and perpaduan...pemilihan akan diadakan pada 26 mac kat foyer library...so harap2 kitaorg sume dapat lakukan yang terbaik bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk universiti yang tercinta..
oklah sampai disini saja yang dapat saya coretkan untuk membersihkan sawang yang terlekat kat blog nie...insyaallah lepas ni blog ni tidak akan bersawang lagi...huhuhu
DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 2009
SALAM KEPADA SEMUA....
NAMPAKNYA PNC 2009 TELAH BERAKHIR PADA HARI SABTU YANG LEPAS DAN ALHAMDULILLAH TEAM BIOLOGI A YANG DISERTAI OLEH SAYA, NASRUL,DIN DAN HEMALATHA TELAH BERJAYA UNTUK MERANGKUL GELARAN JUARA UNTUK PNC KALI INI...PADA PERLAWANAN AKHIR KITAORANG TELAH MENENTANG TEAM JUARA BERTAHAN LEPAS TUAI...LEPAS TUAI BERTINDAK SEBAGAI KERAJAAN DAN KAMI SEBAGAI PEMBANGKANG...PADA MULANYA PERASAAN SANGAT TAKUT COZ TAK TAHU BERJAYA ATAU TIDAK KITAORANG PADA HARI ITU...DAN AKHIRNYA APABILA KEPUTUSAN DIBERITAHU, KITAORANG SEMUA SANGAT BERSYUKUR KEHADRAT ILAHI APABILA DIUMUMKAN USUL BUDAYA INTERNET MENGGUGAT KESTABILAN NEGARA DITOLAK DENGAN JURI 9-0....PERASAAN SANGAT GEMBIRA DAN TIDAK TERKATA...HUHU...
SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH JUGA SAYA INGIN UCAPKAN KEPADA SEMUA YANG MEMBERI DORONGAN DAN SOKONGAN KEPADA KAMI TERUTAMA KEPADA KAK INTAN YANG BERTINDAK SEBAGAI PENYELARAS KIRANYA, BAGI PASUKAN SAINS BIOLOGI DAN SETERUSNYA KEPADA SEMUA YANG MENYOKONG...TAHNIA JUGA DIUCAPKAN KEPADA TEAM B BIOLOGI JUGA COZ BERJAYA SAMPAI KE PERINGKAT SUKU AKHIR....
INSYAALLAH DIHARAPKAN KEJAYAAN INI AKAN MENJADI DORONGAN KEPADA KAMI SEMUA UNTUK PERJUANGAN DI MASA AKAN DATANG.......
THANKS N CONGRATE TO ALL N ALSO TO BIO-D TEAM COZ BE THE WINNER 4 ENGLISH CATEGORY...HUHU
i'm the lucky one...
sebelum ini lirik lagu memori tercipta yang saya paparkan...kini teringin pula rasa dihati (huhuhu) untuk paparkan lirik lagu i'm the lucky one nyanyian anuar zain....setelah dihayati berulang kali lagu ni bley tahan juga sedapnya...huhu...
Ku persembahkan satu cita ku..
Setulus hati hanyalah untukmu
dan ku lakukan semampu aku tuk menyayangimu
hingga kau merasa jadi pujaan ku
meski bercinta kadang tak indah
tapi tuk buktikan kau yg terindah
dan kupastikan..i'm the lucky one..
nikmati cinta lebih dari segalanya....
jiwaku ini yg tak tersentuh
kini terasa sejak bersamammu
berikan hangat hinggaku x mampu berjauh drmu
kerna kau yg bisa buatku bahagia
meski bercinta kadang tak indah
tp tuk buktikan kau yg terindah
dan ku pastikan i'm the lucky one
nikmati cinta lebih dari segalanya
caramu membuatku x berdaya
hatiku pun ribut terjaga
kau ubah hidupku ini jadi sempurna
meski bercinta kadang tak indah
tp tuk buktikan kau yg terindah
dan ku pastikan i'm the lucky one
nikmati cinta lebih dari segalanya
Debat Piala Naib canselor UMT 2009
salam kepada semua....
minggu depan di UMT akan berlangsungnya pertandingan Debat Piala Naib Canselor atau lebih dikenali sbgai PNC.....untuk tahun ini PNC akan berlangsung pada 20 dan 21 Februari 2009....
dan pada hujung minggu ini pula akan diadakan Bengkel Debat kepada semua peserta...nampaknya tahun nie PNC menerima penyertaan yang sangat menggalakkan dimana lebih berkali ganda daripada penyertaan tahun lepas berjaya diperolehi....untuk tahun ini course aku iaitu pasukan sains biologi akan menghantar tiga pasukan untuk BM dan dua pasukan untuk BI....diharapkan agar tahun ini sains biologi dapat mencapai pencapaian yang membanggakan iaitu menjadi juara PNC 2009..... Insyaalllah diharapkan agar impian kami semua akan menjadi kenyataan...huhuhu....
untuk tahun ini Sains biologi akan menghantar tiga pasukan BM yang terdiri daripada :
pasukan 1 : DJ, Huda dan Fauzi
pasukan 2 : Rez, Athifah, Hemalatha dan Ain Sarawak
pasukan 3 : Nasrul, Izzuddin, Helmy dan Shan...
manakala bagi pasukan BI:
Team 1 : Wani, Lukman, Cik Pah, Manesh...
Team 2 : Mahfuzah, CK_Zimase (shikin), Amutha and patrick....
so, diharapkan agar pasukan sains biologi dapat mencapai kejayaan yang membanggakan untuk tahun ini....dan diharapkan kepada semua rakan sains biologi dapat bersama-sama menyokong pasukan kita dalam PNC 2009.....
Gud luck untuk semua.....
MEMORI TERCIPTA
marilah kita sama sama menghayati setiap baris lirik lagu memori tercipta ini nyanyian shila oiam...
BERGETAR JIWA DI PERSADA BERCAHAYA,
PERTEMUAN HARAPAN PERTAMA KALINYA,
BERGETAR JIWA MENGHADAPI MIMPI-MIMPI,
SUKAR DIPERCAYA PINTUNYA TERBUKA.
DISINI JUA MEMORI TERCIPTA,
WALAU SEKETIKA TERJALIN KASIH KITA,
MUNGKIN DISINI KITA KAN TERPISAH,
KENANGAN BERSAMA TIADA KULUPA.
MENGALUN SUARA SESURI BISIKAN HATI,
SEIRINGAN MENCARI HALUAN BERSENI,
BERGETAR JIWA MENGHADAPI MIMPI-MIMPI,
TIADA PUN TERDUGA PINTUNYA TERBUKA.
DISINI JUA MEMORI TERCIPTA,
WALAU SEKETIKA TERJALIN KASIH KITA,
MUNGKIN DISINI KITA KAN TERPISAH,
KENGAN BERSAMA TIADA KULUPA.
YANG TERPAHIT JUA TERMANIS,
SEMUANYA BAGIKU TERINDAH,
KUINGATI BUAT SELAMA-LAMANYA.
DISINI JUA MEMORI TERCIPTA
WALAU SEKETIKA TERJALIN KASIH KITA,
MUNGKIN DISINI KITA KAN TERPISAH,
KENANGAN BERSAMA TIADA KULUPA.
MUNGKIN DISINI KITA KAN TERPISAH
KENANGAN BERSAMA 3X
MUNGKIN DISINI KITA KAN TERPISAH
KENANGAN BERSAMA
TIADA KULUPA
debat oh debat.....
salam semua....lama dah x anta post baru...huhu...
busylah katakan....tapi dlm busy pn otak ini masih berfikir tentang sesuatu...
tentang ape???semestinya tentang debat...huhu...rasenyer walaupun baru lagi dalam debat tapi semangat debat itu telah sedikt demi sedikit meresap ke jiwaku...huhuhu....
sememangnya x dapat dinafikan lagi, jika kita mahu melakukan sesuatu itu dengan terbaik, kita melakukannya dengan sepenuh hati, perasaan jiwa serta ikhlas dan rela...jika tidak pasti hasilnya bukan yang terbaik....sbg contoh jika kita dipaksa, memaksa ataupun terpaksa melakukn sesuatu, sudah pasti hasilnya bukan yang terbaik...kerana apa? kerana tiadanya penjiwaan terhadap sesuatu yang dilakukan...tidak kisahlah ape yang kita lakukan sama ada belajar, menyanyi, BERDEBAT, mahupun sebagainya, semuanya memerlukan keikhlasan kerelaan dan sebagainya...perkara inilah yang harus dipraktikkan dalam debat yang mana untuk menjadi pendebat yang terbaik, kita perlu melakukan usaha-usaha dengan sepenuh hati, ikhlas, rela serta tidak tertekan untuk melakukan sesuatu perkara..dalam erti kata lain "enjoy" dalam melakukannya...sudah pasti akan mendapat hasil yang terbaik....selain itu, kita juga seharusnya terus cekal berusaha tanpa mngenal erti berputus asa...n yang penting lakukan dari dalam diri, barulah kita dapat melakukannya pada yang lain...jika dalam diri kita tidak baik, mana mungkin yang lain dpt mengikutinya menjadi yang terbaik...huhuhu...
bercakap tentang debat juga, rasanya kini sudah tibala masanya untuk aku mencuba posisi yang lain...mungkin ada sebelum ini yang mengatakan asyik2 aku jadi yang ketiga kan...jadi sekarang ini sudah tiba masanya untuk aku mencuba tiga lagi posisi iaitu yang pertama, kedua dan simpanan...huhuhu....permulaannya telah ader..untuk debat sebelum ini aku sudah mula mencuba posisi yang pertama...walaupun agak janggAl, tapi ok...aku akan cuba untuk memperbaiki daripada semasa ke semasa...huhuhu...dan lepas ini untuk latihan yang mendatang, aku akan mencuba pula posisi yang kedua jika ada kesempatan...aku akn mencuba sebaik mungkin dengan menggunakan pengalaman ku sebagai pemidato sebelum ini untuk menjadi yang kedua dengan sebaik mungkin...bukan ingin menjadi yang terbaik secara terus, tetapi berusaha sedikit demi sedikit untuk menjadi yang terbaik...aku tidak mengharapkan terus menjadi yang terbaik kerana untuk menjadi yang terbaik, memerlukan banyak pengorbanan sama ada dari segi masa, latihan dan sebagainya...
Justeru, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memajukan diri sendiri dan seterusnya pasukan kita untuk menjadi yang terbaik...jika gagal, cuba lagi dan jangan berputus asa kerana sesuatu kejayaan itu datngnya daripada kegagalan sebelumnya...tapi jgn asyik nak gagal jer pulak yer...huhuhu...sekian...
kenangan di kmph....
salam kepada semua...
ni merupakan antara kenangan yang terindah buat aku coz time ni kitaorg 1H08 telah berjaya ke final English Drama Gala Nite KMPH tahun 2007...x sangka akhirnya kitaorg berjaya ke final dan mendapat tempat kedua.....huhu

